Friday 15 May 2015

Buku Rujukan Lengkap Penyusuan Susu Ibu

Kitab Rujukan Penting untuk Penyusuan Susu Ibu.

Hari ni, di hari Jumaat yang mulia.. surie nak berkongsi tentang buku yang sangat menarik..semenarik isi lengkap di dalamnya..semenarik warna & imej yang berwarna-warna.. gitu.. seronok nak membaca gitu..hahaha..macam budak-budak kan..ada gambar-gambar & warna warni baru nak membaca..eheh.

Surie tahu tentang buku ni masa surie selalu isi minyak kat Petron. so kedai Treat Petron ada jual majalah ilmiah..dari situlah surie ternampak buku nih..apalagi, surie terus lah beli..pejam mata bayar harga buku walaupun masa tu dah hujung-hujung bulan tunggu gaji masuk..duit isi minyak kereta pun berkira-kira nak isi..huhuuu.. takpelah, buku nih boleh dijadikan rujukan sepanjang hayat kan..atau berkongsi dengan adik-beradik yang memerlukan ke.. kan ' sharing is caring'. gituuu.

Sebab Surie jadikan buku nih sebagai koleksi terpenting surie sebab mula-mula start dengan dunia breastfeeding , surie blurr sangat-sangat bagaimana nak handle dunia menyusukan anak sebab surie ini ibu yang berkerja..nak tanya mak, mak cakap dia dulu direct feeding jer sebab surirumah kan..dah tepuk dahi la pulak..kat siapa surie nak rujuk ni tenang cara simpan & uruskan stok-stok2 susu ibu..
sebab tu surie cari ilmu-ilmu penyusuan nih.. nampak betapa bergunanya buku nih..

Misi terpenting tu- surie nak membesarkan anak hebat surie ni dengan susu ibu..so bila surie nak berjaya, surie kena ada panduan. makanya surie jadikan buku manual lengkap ni antara panduan dan rujukan terpenting surie lah..gitu..kelass kau surie..hohoo..ini lah secuit dari kasih sayang seorang ibu..

Ammar oh ammar..
ingat tuh..ammar membesar dengan susu ibu..ibu berusaha patuhi saranan Allah untuk menyusui selama 2 tahun.. masa ibu tulis ni, ammar baru berusia 1tahun 5bulan.
Fuhh. Jauh lagi perjalanan.  semoga ibu berjaya. Senyum.



Kitab Rujukan Penting yang wajib dimiliki oleh setiap para ibu-ibu.
Para bapa-bapa penyayang pun boleh membaca & menjadikan buku ini sebagai hadiah kepada pasangan masing-masing.
(^___^)


Ok. Fokus.
Berbalik pada topik 'Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu'.
Semuanya tentang perjalanan penyusuan susu ibu ada di dalam buku ini. Rugi sangat jika tidak memilikinya. 

Antara topik-topik menarik yang dikupaskan adalah:
  • 'Pemberian' susu ibu versus 'penyusuan' susu ibu
  • Tanda-tanda bayi mendapat susu dengan secukupnya
  • Anatomi dan fisiologi penyusuan ibu
  • Bapa juga mampu 'menyusukan' anak
  • Perlukah alatan yang mahal dalam penyusuan
  • Memerah dan menyimpan susu ibu sebelum kembali bekerja
  • Berurusan dengan penjaga anak
  • Kaitan antara penyusuan ibu, stress, dan pemakanan
  • Mengapa susu tidak banyak terhasil
  • Bengkak susu, puting luka, keradangan payudara, apa yang berlaku dan bagaimana ibu dapat menghadapinya
  • Mengapa bayi menolak susu ibunya
  • Bayi kuning, apa yang terjadi sebenarnya
  • Menyusu pada waktu malam
  • Menyusu di tempat awam
  • Bagaimana ibu dapat menangani kritikan dan persekitaran negatif

Ternyata surie memang sangat berpuashati dengan buku nih. Terima kasih tak terhingga kepada penulis buku nih. Jazaakumullaahu khairan. 

Buku ini sangat membantu surie jadi lebih kental dengan cabaran-cabaran dalam penyusuan.
Penyusuan susu ibu agak susah bagi sesiapa yang tiada ilmu mengenainya.
Penyusuan susu ibu menjadi sangat senang jika kita ada ilmu mengenainya.


Mahukan buku ini???
SMS/ WhatsApp ke 016-3092067.

Harga (Semenanjung) : RM60.
Harga (Sabah/Sarawak) : RM63
Berat 450gram
Mukasurat :400++ helai.


Jadi, jangan berkira dengan ilmu yang bakal kita perolehi. Jadikanlah buku ini sebagai simpanan & rujukan untuk berjaya dalam perjalanan penyusuan anda!

***Kongsikan juga kepada ibu-ibu atau bakal-bakal ibu yang lain jika mereka telah lama mencari rujukan tentang penyusuan susu ibu ini.

Terima kasih.





No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign