Thursday 11 June 2015

Farm In The City, Seri Kembangan

Edisi 2.
Syoknya berjalan - Seri Kembangan, Selangor.
16 Mei 2015.

Okeh. Ammar dah sampai dekat pintu masuk FITC nih. Upload gambar tiket percuma dulu. huhuu.
Hari tu masa dapat lucky draw free ticket FITC nih- katanya emcee Expo Baby tu untuk 2 dewasa + 2 anak. Tapi masa nak masuk, tunjuk tiket tu dekat kaunter..dia cakap tiket ini sah untuk seorang jer. makanya, kami kena tambah rm30 lagi untuk 1 kepala..hohoo..rupanya tak dapat fully free jugak nih..

Ni kat laman luar sebelum masuk ke entrance gate.
Parking kereta percuma ok. Jom terjah masuk. Are you ready?
Kena ada Extra Boost tau..bila ada tenaga, barulah boleh beraktiviti dengan riang. Kami dah makan #QasehGold gitu. nak beli #QasehGold boleh drop comment ok. Surie si rakaniaga #QasehGold. haha.sempat promote gitu. Benda baik bagus kita sharing. Gitu.


Memula masuk mesti jumpa si Turtle dulu. Seronok bagi turtle makan kangkung. Jangan risau. kangkung tu disediakan oleh FITC dah..just mintak dengan staff tu, dia akan bagi free jer..tak perlu bayar. Masa bagi makan tuh, baby Ammar menangis takut Turtle rupa-rupanya..kikii..nampak tak, ketakutan terpancar tuh di wajah itu..ohohoo.


Ni area turtle sahaja..ada turtle kat luar aqurium..ada turtle yang dalam aquarium. cumanya boleh bagi makan dekat turtle yg kat luar tuh..bersih tempat nih..redup jer..sebab banyak pokok-pokok..cuma still kena prepare payung incase hujan tiba-tiba turun la.



yeay. bersusah payah surie try selfie bertiga beranak..tiba-tiba staff FITC tu offer diri nak tolong ambilkan gambar kami. yeay. suka-suka dapat bertiga..lagi ber-background Dinosuor Turtle tuh..nampak ngeri sikit kan..haha.

Dua beranak tengah sekodeng turtle mandi-manda dalam kolam..kikii..


aktiviti sekodeng buaya pulak..buaya pun dah pandai menyamar nampak macam batang kayu jer..
kalo tak nampak, maknanya buaya tu memang pandai menyamar..oh laaa..(^__*)

Ni nak jenjalan ke taman burung. so, redah Fruit Garden dulu. Kalau tak kenal buah-buahan, boleh datang sini, ada pelbagai pokok buah-buahan dekat sini.


okeh.dah masuk taman burung. banyak jenisan burung dekat dalam nih..boleh datang tengok macam-macam spesis burung yang ada.

Staff FITC tu letak makan kat tapak tangan kita. nanti burung datang makan. tengok Ammar- terkesima tengok burung dekat-dekat depan mata tuh..

Burung kakak tua pun ada..jinak sungguh..
Eh nak tanya sikit- kalau kakak tu ada abang, abang dia kita patut panggil apa?abang tua eh?haha.

siapa- siapa tak pernah tengok ayam hidup boleh tengok dekat sini.
Yelah, orang bandar kenal ayam goreng jer..hahaha..macam kawan surie - katanya ayam berkaki empat..berabad surie berdekah..nak buat macam mana..dia tengok ayam yang dah jadi lauk jer kot.huhuu..

Kambing pun ada..masa baru masuk tu kambing dekat atas bukit sikit. Ammar datang pegang kankung, terus kambing datang berlari-lari. ammar pun menangis berlari-lari jugak..kelakar sangat..tak sempat nak rakam video. ishkk.

En Amin buat free show..bagi kambing makan secara berdiri. Jangan tak tau, kambing pun boleh berdiri tau. hebat kan?

Turun tangga ni boleh kenal kebun sayur-sayuran. Tapi, kami tak turun. Malas. tengok dari atas jer. kehkeh.

Berehat sebentar sambil miunm air kelapa dekat cafe sekejap. Layan Ammar tidur dekat sejam jugak lah.tu tengok mata tengah mengantuk tuh..nasib ada cafe. ada kipas. lagi pulak, budak sekolah baru sampai. Jadi sesak sikit.

Ni dekat reban arnab. berhadapan dengan cafe. kitorang bagi makan, tapi arnab tu tak nak makan. mungkin dah kenyang kena suap dengan budak-budak sekolah tadi.

Bebudak sekolah tu tengah menangkap ikan. disediakan sauk ikan yang kecil untuk dorang tangkap anak ikan. gembira sungguh mereka itu.. 

Ni Ammar tengah bagi makan dekat ikan. aku rasa ni ikan talapia..huhuu..banyak gila. menggeletis datang bila kitorang bagi makan..huhuu..


 masuk Jungle Walk. ada iguana. ada pelanduk. boleh pegang kalau berani. huhu.


Okeh. ni dah nak dekat last point. ada disediakan tempat bergambar. suka budak kecik tu bergambar. nampak tersengih di situ..hihi.


Nak tunggang Pony pun boleh. Tapi, kena request awal2 dekat kaunter beli tiket tuh.
kami tak naik pun. takot ammar menangis..hehee..haru nanti.. pegang kuda dalam kandang pun dah menangis..huhu..



Bagi burung unta makan. petik pokok dekat tepi pagar tuh..tapi bukan kami yang petik. staff FITC tu yang tolong petikkan pastu snapkan gambar kami..huuuu.


Okeh. ni lah pintu masuk dan pintu keluar. dekat main entrance tu ada kedai cenderamata. macam-macam barang ada..ingat nak beli t-shirt tapi takda saiz. huhu.

okeh. babai. 
jumpa next entry. Bergambar dengan 3D mural painting.



Tips dari Tuan Tanah :
- kalau nak bawak anak guna stroller rasanya tak sesuai. jika guna baby carrier lagi bagus tapi              gunalah baby carrier yang ergonomic ya.



No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign