Tuesday 9 June 2015

Hazzana Boutique Hotel, Seri Kembangan


Edisi 1.
Syoknya berjalan - Seri Kembangan, Selangor.
16 Mei 2015.

Gara-gara rumah takda air, kami sekeluarga pergi check-in hotel.
ada sedikit kegilaan di situ..ehehe!

Ditambah pulak dapat tiket free ke Farm In The City masa pergi Baby Expo dekat PICC Putrajaya sebulan yang lepas. kami pun pilih nak melakukan aktiviti syoknya berjalan ke Seri Kembangan lah. Lama tak bercuti sekeluarga. Walaupun bercuti secara bajet kecil-kecilan,, alhamdulillah..tetap seronok. lagi-lagi baby Ammar. memang happy sangat sampai taknak duduk diam.

Google mengoogle. Dapat review hotel Hazzana Boutique Hotel nih cantik gitu. Harga pun quite ok. Terus decide nak check-in sini. kiranya ini on-the-spot punya holiday lah nih. Kemas barang-barang apa yang patut, dengan tak mandi (kecuali Ammar-dia sorang jer yang mandi) kami anak beranak berangkat ke Seri Kembangan..hahaha. kami gerak dalam pukul 10pagi gitu.

Sampai depan hotel dalam pukul 12pm tu terus cepat-cepat check-in pastu mandi dengan nikmatnya. bak kata en amin - puas hati dapat mandi dengan segar bugar. baru tahu sengsaranya takda air macam mana. susah woo..makanya bila ada air, kenalah kita berjimat cermat. Gitu.
Tunggu azan solat Zuhur terus solat & gerak ke Farm In The City. dekat jer. dekat belakang bangunan ni jugak. oh yeh!

Jom layan gambar bilik yang kami check-in. mana yang sempat aku tangkap gambar.

Ammar : Ibu, romantiknya angsa ni macam ibu dengan abah..hahaha. 
Sepanjang surie check-in boutique hotel. tak penah dapat deco angsa nih. rasa macam masuk hotel mewah pulak..huhuu..rasa macam tengah honeymoon pun ada. huhuii.


Tengok Ammar. Betapa seronoknya rasa hati dia..haha..melunjur & melunjur ke sana sini.
Tengok gambar belakang Ammar- ada mini fridge dengan safety box gitu.. bagus hotel nih.. Yang belah kanan tu nampak glass wall kan..tu toilet + bath room = best. luas. selesa sangat.


Air mineral & 3-in-1 minuman panas ada disediakan. tapi lupa amek gambar. tadi en amin terus masak air buat air kopi 3-in-1 tuh. Lapar kot..huhuu.
Tuala mandi pun jugak..tu yang jadi angsa tu tuala la tuh..hihii.
Selipar bilik tidur pun ada tau..
Toiletries pun ada disediakan jugak. huhuu.. best!


Selamat pagi semua! Ammar dah bangun pagi. Ni nak kena check-out dah. sebelum pukul 12pm dah kena keluar kalau tak, nanti kena penalti..hehee..


Thumb-up! Boutique hotel yang best.
Tanya receptionist- katanya hotel nih baru launching 5bulan yang lepas. huhuu..patut la cantik & moden trendy decoration nya tuu..

Babai hotel. Nanti ammar datang lagi kalau ibu & abah nak bercuti dekat sini. 
Dan, kalau ibu & abah ada bajet lebih nak bercuti lagi..hehee..
kot-kotla ammar datang nanti dengan adik baru..pheww!



Oklah stay dekat sini. kedai makan pun senang nak cari. dekat belakang bangunan ni ada bangunan 'The Atmosphere'. Boleh bergambar dengan 3D mural painting. dah create khas untuk title tu dalam next entry ok. Edisi 3.

ok. babai. jumpa di next entry 2. 
Beramah-mesra dengan haiwan di dalam ' Farm In The City'.



p/s : Nak tengok deco-deco bilik dalam 'Hazzana Boutique Hotel' just go to Google..surie tak sempat nak tangkap gambar banyak-banyak. Sebab masuk hotel tu, ammar dah sibuk ke hulur hilir & en amin sibuk nak mandi..hehee..

No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign