Friday 12 June 2015

The Atmosphere, Seri Kembangan - Tempat best untuk bergambar dengan 3D mural painting

Edisi 3.
Syoknya berjalan - Seri Kembangan, Selangor.
17 Mei 2015.

Berguna sangat incik google nih. Surie asyik search 'The Atmosphere' memang glamor dengan 3D mural paintings. ni mungkin cara management The Atmosphere nak market bangunan dorang nih. ni strategi nak tarik pengunjung datang jugak kot. hehee. yang surie tahu ada dekat seksyen 7, Shah Alam jer sebelum nih..hehee.

Alang-alang berada dekat seri Kembangan. tambah pulak hotel yang kami stay ni dekat membelakangkan bangunan baru ' The Atmosphere'.
Lepas check-out hotel,  kami ingat nak pusing-pusing bergambar dengan mural painting yang ada dekat bangunan The Atmosphere nih.

masa kami pusing-pusing bangunan nih..hahaaa..bukan 1 bangunan la..bahagian ground floor jer.. tupun bukan semua blok..malas nak banyak berjalan lagi perut lapar tak makan lagi..hahhaa.

makanya,tak banyak la mural painting yang kami sempat bergambar.tak snap banyak gambar. letih.
tapi serius. cantik tempat nih. design pun moden. bangunan baru lagi.

lagi best kalau ada DSLR kan..kami guna camera handphone jer..huhuu..
tambah pulak tak berapa nak pandai bergambar.. hahahadoooi.

-------
ni antara beberapa mural painting yang kitorang sempat bergambar.
banyak sangat mural painting yang ada kat sini. rasanya yang surie baca ada berpuluh-puluh lah..80 kot. just tawaf jer bangunan tu atas bawah, kiri kanan gitu.
masuk percuma tak perlu bayar- korang pusing-pusing la sampai tercabut lutut pun boleh..hehe.

 abah, ada kereta nih.jom bawak ammar jenjalan jom!


ibu, jangan lepas belon tau.jom abang & kakak tuh..


vrooomm..mat rempit pakai selipar jepun pecut vespa..baru ada gaya. eheh!


ibu, ada dunia fantasi lah..ammar nak masuk boleh?



abah, kotak-kotak tu nak timpa kita..cepat larikkk!


gaya tunjuk langit apakah ini?hahaha..terpeleot pinggang ammar..adehh!


abah, cepat ikut orang tuh..di panjat nak pergi mana?


ibu, napa ibu gigih sangat tarik susu ammar sampai jadi cmni bu? oppps!

ok.dah penat. selamat malam. jom tidoo..zzzzzz!

-----

ni alamat Artsphere 20/8ty @ 'The Atmosphere'

1-3, Jalan Prima Topika Barat 2,
Taman Prima Tropika,
Seri kembangan.
-----

siapa-siapa suka berimaginasi bergambar dengan 3D mural painting nih, boleh ler terjah tempat nih.
masuk percuma.
selamat bergambar!






No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign