Wednesday 2 September 2015

Atasi Batuk & Selesema Melalui Pemakanan


Assalamualaikum semua.

Hari ni surie nak berceramah tentang 'Cara Mengatasi Masalah Kahak Tanpa Ubat'.
Ini berdasarkan fakta yang benar. Bukan rekaan imaginasi nak bercerita semata-mata tau. 

Alhamdulillah, bila dah ada anak - surie sentiasa berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik.
Dalam masa yang sama, rupa-rupanya surie telah berubah menjadi seorang Queen yang berusaha menjaga makan pakai keluarga agar orang-orang kesayangan surie sentiasa sihat. Insha-Allah. Surie juga mula mengenal banyak perkara yang perlu diambilkira terhadap kesihatan contoh macam pemakanan yang berkhasiat, natural remedies, makanan organik, makanan sunnah dll.
#syukur.

Kita kena berusaha dulu, Allah jualah sebaik-baik perancang. Allah pun dah berfirman - Allah akan mengubah nasib seseorang yang berusaha mengubah nasibnya dahulu. Maka jom kita berubah ke arah yang lebih baik ok. Jom kita sentiasa ingat 'Masa Sihat Sebelum Datang Masa Sakit'. hehee.

Ni nak cerita masa ammar belum boleh berjalan dulu, selalu sangat terkena penyakit berkahak ni.
Surie ni jadi pelik juga, ammar ni fully breastfeed (BF). Biasanya fully BF nih, sistem imun badan seseorang bayi boleh jadi kuat. Ouh, rupanya surie tak tahu-sebenarnya pemakanan surie juga menentukan tahap kesihatan surie & ammar. Jadi, surie kena jaga makan supaya susu ibu yang terhasil untuk ammar adalah susu yang berkhasiat. Gitu.

Iya. Memang tak dinafikan susu ibu memang terbaik di dunia. Tapi lagi terbaik jika si ibu tu amalkan pemakanan yang baik juga. Gitu. faham ke faham ni? hehe.

Alhamdulillah. bila ada baby ammar, surie akui makin banyak membaca lagi-lagi tentang kesihatan.
Sihat itu jihad.Sihat itu nikmat.
Kesihatan itu tidak ternilai.
Kesihatan tu tak boleh dibeli.

Ok. berbalik kepada cerita kahak tadi. Ada jenis-jenis makanan yang boleh menggalakkan kahak.
Dan, ada jenis-jenis makanan yang boleh menyingkirkan kahak.
Allah dah cipta semuanya dengan terbaik. Bukahkan Allah sebaik-baik Pencipta?
Dan kita sedia maklum yang setiap penyakit ada ubatnya. kita yang perlu gigih mencari nya. Kan?

Sila elakkan makanan yang menggalak kahak & banyakkan pengambilan makanan yang membantu menghilangkan kahak sementara sakit ini ya. 

Sila refer gambar kat bawah nih.

sumber dari google. credit to rawforbeauty.com.

Harus diingatkan bahawa ubat batuk tak elok untuk kanak-kanak 2 tahun ke bawah.
even surie yang dah dewasa nih pun tak bergantung pada ubat sangat. dah tahu rahsia remedi semulajadi nih-lagilah surie berusaha dengan kaedah alami dulu. Ubat ni tidak membantu merawat pun. cumanya ianya membantu mengurangkan gejala penyakit untuk tempoh tertentu.

Ambil ubat-ubatan ni - umpama kita import askar luar untuk lindungi tubuh kita. sedangkan askar dalam badan kita semakin lemah & lemah. sebab bila kita import askar luar-seolah kita bagi hint pada askar dalam tubuh kita untuk tidur. makanya kita tak melatih askar dalam tubuh kita untuk menguatkan sistem pertahanan melawan penyakit. Jadi, kesan sampingannya-tubuh kita tidak mempunyai sistem imun yang kuat, sering jatuh sakit & saban hari kita memerlukan ubatan yang semakin tinggi dos nya. nampak tak?
*askar tu maksudnya sistem imun. faham ke faham? hehee.

Cara yang surie amalkan sekarang adalah :
1. Jaga pemakanan lebih-lebih lagi ketika sakit. 
     *Bone broth pun boleh kuatkan imun. Boleh rujuk entry yang lepas. Surie dah tulis pasal nih.
2. Garlic Oil.
3. Tepuk Percussion.

Psssttt---nanti surie buat detail entry khas untuk setiap list 1-3 di atas ni ya.

Alhamdulillah- surie nampak kesannya. jika terkena batuk atau selesama, ianya takkan berlarutan.
semuanya dengan izin Allah. Dialah Yang Maha Menyembuhkan. Kita usahakan dulu guna natural remedies then baru kita pilih ubat sebagai langkah terakhir. Tapi, bear in mind ya- bahawa surie bukan anti perawatan moden ya. Bila kami sekeluarga tak sihat, kami juga pergi dapatkan nasihat doktor dahulu. Cumanya surie berusaha dengan cara & keyakinan surie jugak. Nak amalkan natural remedi ni juga perlu ilmu & keyakinan- ianya bukan budaya ikut-ikutan ya. Kena faham betul2 bagaimana natural remedies ini membantu barulah kita akan sembuh. inshaAllah.

Untuk info tambahan, setiap hari kami sekeluarga amalkan Makanan Sunnah. Kami amalkan Makanan Sunnah Qaseh Gold. Nak Qaseh Gold boleh roger surie ya. kenyit mata sikit. hehee.
MasyaAllah, makanan sunnah ini terlalu hebat. Ianya bercirikan anti-oksidan & anti-bakteria yang mampu menguatkan sistem imun badan kita jadi kuat & lebih bertenaga. Cumanya bila sakit datang- surie upkan lagi dengan pure honey & habbastussawda oil.

Ni gambar ammar teman ibu pergi tukar duit masa ibu nak kena pergi Phuket. Umur ammar setahun 4bulan time nih. Besar dah anak ibu. Please dont grow up too fast son. Ibu tak puas lagi dakap peluk cium anak ibu nih. heheee.

P/S: Ingat tau kawan-kawan - nilai kesihatan tu terlalu mahal. Berapa pun nilai duit tak mampu nak membelinya. Jaga kesihatan ya. Amalkan pemakanan yang boleh buat kita sihat & kuatkan sistem imun kita. Makan bukan sekadar untuk kenyang tapi makan makanan yang boleh buat tubuh jadi semakin kuat & sihat.

Salam sayang buat semua.








No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign