Thursday 3 September 2015

Kepelbagaian Sumber Kalsium

Ya. 
Iklan tersangatlah memainkan peranan yang besar terhadap kita.

Oleh kerana itulah, kita hanya tahu kalsium ni hanya bersumber dari susu sahaja. Sebut kalsium pasti ingat susu. Sebut susu pasti ingat itu sahajalah sumber kalsium. Kan?

Kita ni terlalu dimomokkan dengan info tunggal nih. hehehe. Macam tu lah surie sebelum nih. 
Rupa-rupanya kalsium tu boleh didapati dari pelbagai sumber tau. Bone Broth Soup pun ada kalsium tau. Boleh buat homemade gitu. Cuba cari entry tu. surie ada buat karangan panjang dah. Tunggu korang baca jer. huhu.

Sila refer gambar kat bawah nih untuk tahu pelbagai makanan yang memberi kalsium.
Banyak jenis tau.hehee.


Surie bercerita tentang hal ni sebab ramai ibubapa yang terlalu mengikut iklan susu Formula Milk (FM) kat tv tuh. Langkah 1. Langkah 2. Langkah 3. Macam-macam langkah lah..hihii.

Jika diikutkan dalam AlQuran - tuntutan Allah untuk para ibu menyusukan anak tu sehingga 2 tahun. Kalau nak susukan anak lebih dari tempoh tu pun takda masalah. Ikut keupayaan & kemampuan masing-masing. Surie taknak elaborate detail tentang tuntutan penyusuan ibu. 

Cumanya surie nak bagitahu hak seseorang anak itu adalah :
1. pilihan pertama adalah susu ibu.
2. Pilihan kedua tetap pilih susu ibu - jika si ibu tak mampu, cari ibu susuan.
3. Pilihan terakhir - susu haiwan. Banyaknya pilih susu tepung atau FM.

* FM nih banyak kekurangannya & keburukannya. Ianya lebih kepada bahan-bahan sintetik yang dicampurkan untuk menyerupai susu disamping kandungan gula yang tinggi. Boleh beri kesan terhadap kesihatan & sistem imun badan tau. 

Jadi, jika nak wean off anak dari BF tak semestinya kita kena bagi susu juga. Disinilah juga kita perlu pelbagaikan sumber kalsium kita. Hoho. Gigih tak gigih jer ceritanya.
Kalau still nak consume susu- berikan Cow Fresh Milk  atau Goat Fresh Milk jer. Bukan FM tau. Surie pilih jenama Farm Fresh  atau Nubians tuh. hihihi.

Psssstttt - Sedih surie dengar cerita kawan yang fully BF anak sampai 2 tahun tapi dah wean off tuh pergi sambung dengan FM pulak. Adeehhh..   

Tapi, terpulanglah pada pilihan masing-masing ya. (^_^)



P/S : Jom pelbagaikan sumber kalsium kita ok. watcha!
Mmmuuah ciked. hihii.



No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign