Friday 4 September 2015

Kisahku & Eczema

Surie adalah salah seorang pesakit Eczema.
Mula kena jangkitan eczema ini dalam 2005 gitu. Begitu kronik pada 2012 sampai kena admitted dekat hospital selama 4 hari tau. Surie faham derita penyakit ini. bila dah kena sakit nih, surie banyak buat research sebab sangat tak puas hati doktor bagitau surie tak boleh sembuh tapi surie hanya boleh kawal jer eczema nih. sedih tahu tak. tapi surie tak putus asa- surie tahu setiap penyakit mesti ada sebab & penawarnya. surie kena cari info tuh.

Ini sharing information yang surie dapat dalam beberapa journal yang surie baca. surie juga ada join group eczema nih. terpulanglah pada kalian tentang penerimaannya ok. Ini berdasarkan pengalaman surie. Rata-rata pembacaan surie memang boleh sembuh dengan kaedah semulajadi. Jadi, inilah yang surie nak share. Gitu. Sharing is Caring kan. Untuk eczema ni surie akan cerita entry by entry okeh. Nak senangkan korang baca- surie dah labelkan eczema/ekzema. Gitu.

Masa surie kena eczema tuh, bahagian tubuh yang surie kena tu memang di kawasan pelipat atau bahagian sendi. Mula-mula sangat kecik jer. Dah beberapa lama ianya jadi semakin teruk & sangat gatal apatah lagi bila berpeluh & panas. Pergh masa tu jika orang usik surie memang cari nahas lah. Kiranya surie pun masa tu cepat bad mood tau. Maaflah yer. hehee.

Semakin lama semakin melarat ke satu badan! badan & muka tau! Pedih! Gatal!
Dari bahagian pelipat sendi tu dah merebak ke bahagian tubuh. Ya Allah, surie dah mula cemas. Stress. Tapi doktor kata jika stress lagi cepat eczema tu merebak. Memang nak menangis rasanya. Ubat jenis cream sapu tu doktor yang bekalkan dos yang semakin tinggi. Aduh!

#throwback Nov2012-admitted dekat Sunway Medical Centre.
Masa ni guna medical card. Alhamdulillah. Berguna takaful insurans nih..hihi. Apply la takaful insurans masa sihat yer. Kang bila dah sakit-baru nak apply nanti complicated woo. Kena exclusion takaful lagi sedih. Erm, Masa nih tak kenal group eczema lagi. sobsobsob. sendiri cari penyembuhan berseorangan.Part paling sedih, kena tahan wad lepas seminggu bertunang. Dan tempoh bertunang pulak 3bulan jer. Uwaaa. Tupun masa bertunang seksa nak tahan make-up kat muka. Pastu lepas majlis bertunang meraung tahan gatal & pedih!
Alhamdulillah,Encik amin terima ku seadanya. Terima kasih hubby.

Usaha lebih gigih surie mencari penawar bermula. Dan akhirnya surie temui group eczema.
Bila surie join group eczema nih baru surie tahu bahawa eczema ini boleh sembuh dengan rawatan semulajadi jer. Cumanya antara kita sabar dengan tak sabar jer. Biasalah, natural remedies ni akan ambil sedikit masa untuk sembuh. Dalam healing crisis tu- kena kuat semangat & jangan putus asa ok. Doa dekat Allah banyak-banyak ok disamping berusaha untuk cepat sembuh.

Alhamdulillah, Allah bukakan jalan & mudahkan urusan.
Mungkin jugak ada hari-hari yang kita terlalu sedih kan bila diduga. Masa sedih tu, surie hanya tawakal kepada Allah untuk sembuhkan surie. Dalam masa sedih tu, surie buka Quran - surie baca Quran sampai satu ayat yang terjemahan 'Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa atas setiap sesuatu'. Masa tu airmata turun bercucuran - Allah tunjukkan yang surie perlu meminta pada Allah dengan bersungguh-sungguh. Terus semangat jadi kuat balik. #syukur.

Dalam tempoh surie nak sembuh, surie banyakkan pembacaan tentang dialisis penyakit ni sampai naik pening nak hadam satu per satu info. Gigih nak sihat punya pasal tau.

Sebenarnya banyak perkara yang boleh trigger eczema nih. lagipun eczema tupun ada banyak jenis & kategorinya. Antara bahan-bahan yang boleh mengundang eczema adalah disebabkan elergik dengan sesuatu bahan (allergens). Allergens ni pulak ada kategorinya contoh macam jenis makanan ke udara ke sabun pencuci ke sabun mandi ke jenis material baju ke dll.

Masa surie kena dulu - surie pakai pakaian memang guna 100% cotton material supaya senang serap peluh untuk kurangkan keradangan eczema. Jenis makan surie makan pun kena jaga- masa tu surie tak boleh makan makanan yang boleh mengundang kegatalan contoh udang, sotong, telur & ayam (nak makan ayam kena cari ayam organik je). Sabun mandi pun habis bertukar ke organik jugak. Ermmm derita tau. Banyak perkara kena jaga & diambilkira.

Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar.
Kini, surie dah pulih 90% dari eczema. tapi surie still kena berhati-hati & peka dengan elergik diri sendiri. Dah setahun surie amalkan Qaseh Gold- alhamdulillah ianya membantu menyembuhkan surie sebab ramuannya makanan sunnah kan. Tapi, ada faktor lain juga yang surie buat. So, surie nak share perkara asas yang surie buat untuk pulih setakat ini. Sila baca detail di bawah ini ya. huhuhuu.

Perkara paling asas nak sembuh dari Eczema :

1. Jangan Guna Sebarang Cream atau Ubatan yang mengandungi STEROID
*Biasanya bila jumpa doktor- doktor akan beri cream steroid, ubat anti-histamine & antibiotik. Sebab ubatan ini akan ada kesan jangka masa panjang yang lagi memburukkan keadaan eczema. Surie terus stop pengambilan ubatan conventional nih dulu.

2. Jangan Guna Sebarang Produk Penjagaan Kulit yang mengandungi CHEMICAL/NON-STEROID.
*Sebab ramai sekarang dah sedar steroid banyak beri kesan buruk, manufacturers keluarkan produk non-steroids tapi malangnya produk ini seumpama musuh dalam selimut. Ianya mengandungi pulak bahan kimia/bahan toksik yang juga beri kesan kepada tubuh. jadi, anda kena pilih untuk gunakan produk yang organik ok.
Sila rajin-rajin baca label kandungan setiap produk yang nak digunakan ya.

3. Rawatan dibuat melalui PEMAKANAN.
*Kita kena berusaha untuk menyembuhkan dari dalaman. Bukan setakat membuat rawatan luar je.

a. Banyakkan makan makanan Probiotik & Prebiotik.
b. Pengambilan makanan antibiotik semulajadi seperti bawang putih, kunyit hidup, madu, Minyak kelapa dara/ virgin coconut oil (VCO), cuka epal/apple cider vinegar(ACV).
c. Elakkan pemakanan yang boleh trigger eczema. Kena analisis diri sendiri ok. Kena peka dengan setiap perubahan yang timbul.
d. Makan makanan yang boost immune system.
e. Betulkan flora gut-bila ada leaky gut tu yang menyebabkan kadar penyerapan vitamin & mineral ke dalam sel tubuh jadi tidak efektif. Makanan anti viral, anti bakteria, anti fungal & biasanya untuk orang eczema makanan yang anti inflammation lah.
f. Bertukar kepada gluten-free diet.
g. Ambil makanan/sayuran/buahan yang organik & non-GMO.
i. Jika anak- berikan susu ibu sepenuhnya & ibunya kena jaga pemakanan.
j. Kurangkan atau hentikan makanan yang boleh menyebabkan yis candida membiak(candida overgrowth). Bila candida overgrowth-ianya akan menyebabkan leaky gut tadi.

4. Kawalan luaran.
a. Berhenti guna detergens yang mengandungi chemicals. Bertukarlah kepada bahan-bahan yang organik, paraben free, SLS free dll.
b. Rajin-rajin bersihkan rumah-bersihkan habuk-tukar cadar-tukar tuala-tukar langsir-habuk & asap rokok dll.
c. Pakai pakaian yang 100% cotton & serap peluh.

Setakat ini dulu cerita surie tentang eczema. InsyaAllah, next entry surie cerita detailkan lagi point perkara asas untuk sembuh 1-4 ni ya.

Boleh follow label/kategori : Eczema/Ekzema yer.



No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign