Friday 11 September 2015

Manfaat Warna dalam Makanan

Masya-Allah.
Ciptaan Allah itu tak pernah sia-sia.
Setiap ciptaan Allah itu sangat kompleks. cuba renung disekeliling kita..indahnya di mana-mana. Subhanallah. Betul kan?

Begitulah dengan setiap warna sayuran atau warna buah-buahan. Setiap warna tu memainkan peranannya yang tersendiri. Gitu.

Sebenarnya dalam kehidupan seharian, sekurang-kurangnya kita perlu ambil paling kurang 2 warna. kalau dapat ambil lagi banyak warna lagi bagus. Orang kata- jom makan pelangi..sebab bila tengok dalam pinggan kita ada pelbagai warna makanan yang asli. Bukan yang tiruan tau. Ini pelangi disebabkan warnanya yang semulajadi. Gitu..hehe.

Dalam nak Amalkan Projek Makan Pelangi nih, lebih elok lagi jika kita ambil sayuran & buahan yang Non-GMO ok. Maksudnya sayuran atau buahan tu memang asli -dan bukannya telah dimodified atau kata mudahnya bukan dalam kategori yang telah dikacukkan dengan teknologi gen benihnya tuh..Dan Pilihlah sayuran & buahan organik yer. Organik pula maksudnya, cara ianya ditanam tidak guna pembajaan kimia..nanti kita cerita lebih lagi yer. yuhuuu.

Hidangan makanan ni untuk semua orang ok. Surie pernah baca satu post oleh Dr Zulkifli Sharif nih.
Status kat bawah ni lebih kepada ibu hamil tapi boleh relate-kan dengan kita jugak. Maksudnya yang hendak disampaikan bahwa sebenarnya kita lagi bagus ambil makanan sebenar dari amalkan vitamin-vitamin yang sintetik. Gitu.


Nah..hari in kita jamu mata dengan pelangi makanan ok. Natural & menyihatkan!
Selamat berwarna warni dalam makanan yer. Cantik dimana-sihat diperut. Secantik warna-seindah khasiatnya.






p/s :
Ingat tau-sekurang-kurangnya ambil 2 warna yang berlainan dalam setiap hidangan setiap hari. Contohnya, hari ni makan carrot dengan brokoli. Besok kita ambil pula sawi dengan tomato . Begitulah ok.


Eat raibow.
Stay healthy- eat healthy. 

Fun!



Rujukan :

No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign