Friday 16 October 2015

Bila 'Mood sedang Sunyi'

Hadoi.
Baca tajuk pun dah rasa semacam.
Apahal pulak dah tetiba rasa sunyi nih??
...
Biasalah. Dalam kita melalui roda-roda kehidupan..
Takkan ler memanjang rasa bahagia jek kan..
Takkan memanjang dalam kedukaan jek kan.
Asam garam kehidupan ni macam-macam rasa..ada pahit, manis, perit, masam manis, macam-macam rasa lah..tapi atas hati & semangat kita jek lah nak hadap tu camne..

Dugaan tu tetap kan hadir. bergolek berpipih pun dia tetap akan bertamu.
Manusia mana yang tidak diuji?? Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w yg paling mulia pun tetap diuji.
Apatah lagi surie sebagai manusia yg sangat banyak kelemahan.
...
Surie cuba motivate diri sendiri & bina kekuatan bila diuji - Bila Allah uji tu tanda Allah nak angkat darjat kita. Allah sayang kita. Allah nak berikan kita lebih kekuatan sbb Allah tahu kita boleh tanggung. Allah rindu kita. Allah nak kita merintih padaNya. sabarlah duhai hati. cuaca panas pun tetap akan ada hujan turun. selepas hujan turun pun akan ada pelangi. jgn bersedih terlalu lama. Bangkitlah!
...
Bak kata en amin, kalo minda & jiwa tak kuat - payah ler nak hadap apa-apa perkara pun.
sentap surie sekejap..hehee..tu kekadang malas nak bercerita dgn en amin..tapi, dia jek la best friend yang surie sepanjang masa..nak taknak memang cerita jugak dekat dia. jadi, memang dia lah jadi tong tadah cerita-cerita surie nih..hehee.
Terima kasih sayang..hehee..
...


Terkadang rasa sunyi tu datang macam kita rasa tak punya sesiapa..walaupun anak suami ma ayah kawan-kawan ada jer selalu..tetapi rasa sunyi tu tetap hadir...erkkk..korang paham tak maksud surie nih? Alhamdulillah - walaupun bersedih tapi ada kekuatan lepas tengok muka anak, bermanja dgn suami, berbual dgn ma ayah. Terus hati jadi kuat. Kena kuat!
...
Bila rasa sunyi tu, terkadang buat surie fikir dan usaha untuk lebih dekat dengan Allah. bukan bermaksud sebelum ni lupa pada Allah cumanya kurang beramalan - mungkin hanya buat yg wajib - mungkin terleka sejenak dgn dunia yg fana - banyaknya kemungkinan akibat kelemahan diri sendiri.

"Ya Allah, ampunilah aku. Jgn Kau biarkan diriku sendiri tanpa pengawasanMu terhadapku..inilah akibatnya aku jadi zalim pada diri sendiri ".

Bila muhasabah diri - sedikit sebanyak mesti datang dari kelemahan & kesalahan diri sendiri.
Malu betul. paling malu bila dah tahu tapi masih tak sedar-sedar diri. Allahu.

***Menangis***

Ampunkan aku ya Allah.
Ampunkan aku ya Maha Pengampun.
Ampunkan aku ya Maha Penyayang.





Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign