Friday 27 November 2015

PreMix Yang Sedap lagi Menyihatkan dari Oven Nini

Assalamualaikum & salam jumaat yg penuh berkat buat semua!
Jangan lupa baca surah Al-Kahfi ya. Semoga kita terhindar dari fitnah al-Dajjal.

Surie memang dah follow akak Ainini Zainal ni dah lama dah. 
Tapi, surie hanyalah seorang silent follower. Hehee. Surie memang suka akan ketegasan tapi penuh kasih sayang yg ditunjukkan oleh akak Ainini ini.
(^__^)

Kak Ainini ni banyak bagi nasihat-nasihat sentap. Sentap yg baik untuk dapat lebih kesedaran. Gitu.
Terkadang perasaan sentap ni bagus jugak, baru ada kesedaran dalam diri. 
Terima kasih kak. Kau di antara orang-orang idolaku.
Memberi diri ini lebih inspirasi untuk sentiasa menjadi lebih baik.
Untuk jadi wanita yg muslimah.
Untuk jadi seorang isteri & ibu yg mithali.
Untuk jadi seorang hamba yg memberi kebaikan kepada hamba yg lain.
Mendidik keluarga dengan akhlak yg baik.
Jaga keluarga dengan menyajikan makanan yg berkhasiat demi kesejahteran & kesihatan seisi keluarga.

Semoga keluarga kita semua menjadi keluarga yg sakinah, mawaddah wa rahmah.
Allahuaameen!

-----

Kita sebagai wanita ni digelar permaisuri keluarga kan. Banyak perkara kita kena ambilkira.
Dalam entry kali ni surie nak highlight tentang pemakanan yg berkhasiat.
Jadi, dengan kuasa veto jawatan permaisuri kita tu, kita bolehla gunakan kuasa tu sepenuhnya untuk kita didik  keluarga kita sukakan makanan yg berkhasiat. Bila kita makan makanan yg berkhasiat - insyaAllah tubuh badan kita akan sihat - bila kita sihat, insyaAllah sejahtera la kita. 

Lagipun kita kena kawal makanan halal haram yg akan masuk dalam perut kita sekeluarga. Makanan yg tidak halal yg tidak berkhasiat juga membuatkan jiwa kita tidak tenang. 
"Kita adalah apa yg kita makan"
Ada baiknya kita makan makanan yg halalan toyyiban. Iaitu makanan yg halal lagi baik serta berkhasiat. Gitu. InshaAllah, ianya memberi khasiat kepada kesihatan tubuh badan kita dan juga kesejahteraan kepada emosi kita juga.
Faham? hehee.

-----

Surie nak cerita pasal produk-produk yg menyihatkan tubuh badan disamping rasanya juga menyedapkan anak tekak. Huhu. 
Tentulah produk dari Oven Nini yg diasaskan oleh akak Ainini Zainal.
Untuk memudahkan urusan menyajikan keluarga dengan makanan yg baik. 
Surie telahpun menjadi pelanggan Oven Nini. huhu. Jangan jeles ok. 

Last week, surie beli promo produk dari Oven Nini. Ingat nak tunggu pindah rumah baru baru nak beli. Yelah- nak ambil aura dapur baru..hehe. Tapi, surie tak dapat sabar nak cuba premix Oven Nini nih. Nah, sekali beli terus beli banyak-banyak.. hahaha. Puas hati.

Ammar nak sentiasa excited menolong ibu mengemas. hoho.
terima kasih sayang ibu.



Surie dah masak guna premix nih pun. Ternyata memang sedap! 
Ammar & abahnya memang suka. Senang hati sebab dapat sajikan keluarga dengan makanan yg berkhasiat dengan air tangan sendiri. hihihi. 
Tak rugi oii beli makanan yg menyihatkan lagi sedap ini.
Healthy body comes from healthy gut.  

Sehingga berjumpa lagi di celoteh akan datang.
Jaga diri. Jaga iman. 
Semoga Allah sentiasa memandang kita dengan penuh kasih syangNya.
aameen!



Berminat jugak nak order Premix Sedap Berkhasiat ini?
Boleh order dekat sini :



***Tambahan tips ketika menyediakan masakan buat keluarga :
1. Baca Bismillah.
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad saw.
3. Baca doa ini : 
"Ya Allah, jadikanlah makanan ini makanan yg sedap mengenyangkan buat kami, menjadikan kami lebih sihat dan juga menambahkan keimanan kami kepada-Mu. Aameen!


No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign