Thursday 19 November 2015

Tips Penting Untuk Beli Rumah - Part 2

...sambungan part 1..
Tips Penting Untuk Beli Rumah - Part 1


PART 2.
Julai-Oktober 2015.


Step 4 : Dapatkan Housing Loan.
Alhamdulillah.
Surie dah melepasi peringkat yg paling memeningkan kepala. Mestilah bab pening kepala ni adalah proses permohonan pinjaman dari bank ler. hehee. Apa yg buat tempoh ni jadi leceh dan susah bila surie nak cari interest rate yg rendah & jenis insurans untuk rumah. Surie hanya dapat offer loan dari RHB jer. Sedih kan- dahla interest rate yg agak tinggi sebab bank value rumah yg surie nak beli nih agak rendah dari offer yg owner letak tu. Maksudnya harga rumah ni agak tinggi dari market value!

Sobsobsob.
Dahla rumahnya tu banyak perkara yg nak kena repair- kiranya renovation cost nanti pun tinggi juga. En amin memang tak berapa berkenan nak beli. Tapi, surie kata inshaAllah, ada rezeki nanti kita repair cantik-cantik. Gitu. sekarang ni kita repair ala kadar dulu. huhuu. Susah dah nak cari rumah teres dengan kemampuan diri nak bayar komitmen bank tiap-tiap bulan nih. surie rasa patut grab jer rumah tu sementara masih di dalam kemampuan untuk bayar..huhu..

Bab insurans rumah ni ada 2 pilihan iaitu :
1. MRTA -
2. MLTA-
(*Boleh google apa beza antara kedua-dua skim ini - tak cukup masa nak huraikan..hehee)

Kami sepakat memilih untuk pilih insurans rumah jenis MRTA memandangkan risiko tak dapat nak
berkomitmen jika pilih MLTA. Walaupun kami tahu MLTA jauh tersangat bagus dari skim MRTA.
Sebab jika pilih MRTA- pihak bank yg dapat untung. Kita akan beruntung jika pilih MLTA ler. Sedih jugak masa buat pemilihan nih. Tapi, kami pun perlu tengok poket kecil kami juga kan..ermmmm. InshaAllah, ada rezeki akan datang nanti boleh tukar nak ambil MLTA ni jugak.
*Berharap dengan baik*

Step 5 : Dapatkan Valuer si penilai harta.
Untuk bayar pos penilaian harta ni, kami telah keluarkan RM 750.00 tau. Valuer ni dari bank. Bukan kami yg cari. Valuer datang rumah kami untu buat report submit dekat bank tapi buyer ler yg kena tanggung fees tu..hehe. Bila dah buat payment, valuer tu hantar 1 copy report dekat kami.
Dalam report tu, valuer tulis harga rumah kami nak beli ni sama dengan harga offer loan la..baru boleh lulus loan. Gitu. Masa tu, letih woo nak tenyeh tandatangan dekat surat perjanjian pinjaman bank tu. Ngeeee.

Step 6 : Dapatkan Lawyer.
Owner lama nak gunakan 1 panel lawyer jer. Senang dan jimat masa. Jadi, si agent tu dapatkan lawyer yg sama dengan lawyer bank. memang betul urusan kami mudah dan cepat. alhamdulillah. Jadi, kami kena bayar 2 fees untuk lawyer yg sama.
Loan lawyer + bank = RM 3k lebih.
Loan lawyer + owner = RM 4k lebih.
kami kena keluarkan duit untuk lawyer hampir RM8K. Inipun kami dah dapat diskaun sebab pembelian rumah pertama. Dan, kami tak masukkan lawyer fees dalam loan. hehe.kami ngada-ngada minta nak bayar cash.

Dalam masa 2 bulan- urusan kami selesai. Selesai dengan bank. Selesai dengan owner lama. Selesai dengan pihak berkuasa- cumanya nama dekat pejabat tanah ambil masa lebih kurang 6bulan untuk tukar nama. yang lain selesai. Yeay.

Step 7Peyerahan kunci rumah.
Alhamdulillah sekali lagi. Syukur sangat. Selesai bayar 10% duit booking- owner lama bagi kunci rumah. kami pun memulakan langkah-langkah me'make-up'kan rumah ini supaya nampak sebiji baru dengan berbekalkan bajet yang ciput. hahahaha. Stress wei. Bayangkan nak beli ferrari tapi bajet yg ada lepas nak beli myvi jer.. Guana tu? Ini dipanggil big challenges tau.


Tips dari Surie untuk semua :
Bila nak beli rumah, faktor yang perlu diambilkira yang paling penting adalah wang tunai yang perlu ada di tangan anda untuk :
a. 10% deposit dari harga rumah.
b. Yuran bayaran peguam/ lawyer fees
c. Yuran bayaran penilai harta/ valuer fees
d. Deposit permohonan air + electrik TNB
    * Ini sebab owner lama terminate air dan api, jadi kami kena apply meter yg baru.
       Nasib tak sampai RM 1K nak kena sediakan tuh.




Yeay.
Jom pecahkan kepala untuk buat renovate rumah sambil pecahkan tabung sekali. hehee.

Bermulalah cerita bab mengubahsuai rumah kami syurga kami ini.
Nanti Surie update lagi ya..tapi tajuk tukar lah. Dah habis bagi tips beli rumah. lepas ni update tips mengubahsuai rumah pulak la! lalalala. (^__*)

stay tuned..peace!
(^-^)

No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign