Thursday 31 December 2015

Perubahan Demi Menghargai Nikmat Kesihatan

Selamat Menyambut Tahun Baru 2016.

Setiap kali tahun baru, wajib ada azam baru. Hahaa.
Samaada qada' azam yg tertunggak di tahun-tahun yg berlalu.
Atau cipta azam baru dan berusaha menunaikannya supaya tak terkubur macam azam yg sudah-sudah.
Hahahaha.

Azam surie tahun 2016 ni adalah nak apply konsep 'Mencegah lebih baik dari merawat'.
Sebabnya adalah :
- bila tahun bertambah, maka umur pun bertambah la kan? heeee.
- nak menghargai nikmat sihat. (Ingat waktu sihat sebelum waktu sakit- gitu)
Semoga dengan pertambahan umur ni, kami sekeluarga tetap dikurniakan kesihatan yg baik. Aameen.

Okeh. Langkah-langkah asas yg surie telah surie buat adalah bertukar kepada makanan yg lebih menyihatkan lah. Kesihatan kita ditentukan oleh gaya pemakanan kita tau.

Memula surie nak bertukar kepada bahan-bahan makanan yang lebih baik tu bukan sekaligus jalan. Sikit demi sikit oii. Bahan-bahan makanan ini harganya sedikit tinggi berbanding makanan yg biasa tuh. Tapi kena berwaspada jugak, sebab yg mahal tidak semestinya baik tetapi yg baik biasanya mahal.. hehehe. Kena jugak pandai memilih ok.

Pemanis : 
Dulu surie guna gula putih yg biasa dijual tu1kg RM 2.80 kot. Lama dah tak beli. Motif bertukar sebab gula putih tu 'clorox' untuk nampak cantik dan bersih tapi tidak menyihatkan. Suire jugak memang dah stop beli susu pekat manis tu atas alasan kesihatan. Gitu.
Sekarang dah bertukar guna gula perang organik - organic raw cane sugar brand Country Farm Organic. Mahal sikit. 2pek combo 900g rasanya masa surie beli RM 17.00 kot. Beli dekat Aeon. Lagipun, kami sekeluarga amat minima dalam penggunaan gula nih. hehee.

Garam :
Sekarang surie guna Garam Masakan Kristal Himalaya. Ianya lebih asli, ada mineral-mineral semulajadi, tidak melalui proses pelunturan dan menyihatkan badan. Sebekas 800g RM 19.00.

Ayam :
Surie beli ayam organik Az-Zain. Sepeket tu dah siap bungkus seekor ayam yg telah dipotong 8bahagian. Sepeket seekor ayam tu lebih kurang dalam RM 20.00.

Makanan Sunnah :
Kurma, kismis, madu, minyak zaitun-olive oil, susu kambing, almanna & Qaseh Gold memang wajib ada dalam rumah dan memang kami amalkan.

No Fast Food. 
No Processed Food. 
No Canned Food. 
No MSG - Ajinomoto, Cukup Rasa Maggi, Knorr, & segala kiub pati perasa memang tak guna.
The listings big no ini memang takda stok dalam dapur. huhuu.

Dari segi penjagaan luar pun, sebolehnya surie cari produk-produk organik gitu.
Ubat Gigi :
Guna ubat gigi yg non-fluorida. sebab fluorida sangat bahaya kepada kesihatan.
Boleh google 'bahaya fluorida'

Sabun Mandian/ Shampoo :
Bertukar kepada produk yg lebih organik. Lagi-lagi surie ni mempunyai kulit yg sangat sensitif. Salah produk boleh jadi kulit gatal-gatal pedih ooi.

Pad/ Tuala wanita :
Surie bertukar daripada guna pad pakai buang kepada Cloth Pad atau Pad Kain Moden.

-----


Ermmm. Apa nak buat. Produk untuk menyihatkan ni agak mahal kan. Sebab nak amalkan konsep yg paling atas tu lah..huhuu. Biar makan makanan yg sihat. InshaAllah, hidup jadi lebih sihat . Jangan makan tak jaga- at last, sakit terbaring kos berubat lagi mahal ooii. Sudahla sakit tak tertanggung, duit pulak susut sebab nak berubat. Siapa susah nanti ?Cuba renung-renung ok.

p/s : Jikasurie makan di luar, surie akan makan makanan berlauk yg menawarkan makanan sebenar. InshaAllah. Kita cuba berubah sama-sama ok. Memilih makanan yg halal toyyiban juga adalah satu jihad. Bukan senang ok tapi taklah sesusah mana. Alah tegal biasa. Gitu.

Selamat Tahun Baru 2016. 
Eat healthy & Stay healthy ok. 
Bye-bye 2015, semoga segala kenangan tetap menjadi pedoman.






No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign