Monday 11 January 2016

MooGoo : Penawar Semulajadi Untuk Kulit Bermasalah

Salam semua..Heloo..
Kisah Surie dah jatuh hati pada MooGoo!

Sebagai pesakit Ezcema yang dah bertahun-tahun..selama itu juga surie tercari-cari produk yg boleh menolong untuk kulit surie sembuh dan cantik. Banyak sangat duit surie habis untuk beli produk-produk penjagaan kulit nih. Ezcema surie satu badan ok. Sedih.

Maka, memang surie tak boleh guna produk sembarangan jek. sebab nanti kulit akan jadi makin teruk dan kering pastu pedih-pedih. Azab menahan gatal & pedih tu ok. Kekadang susah nak tidur malam. Allahurobbi.

Cuba korang namakan jer apa produk penjagaan kulit yg korang tahu, inshaAllah-kebanyakkan tu dah pernah surie cuba tapi tak membantu pun. Habis duit bagaikan angin lalu jek. Rasanya beribu kot duit habis. Beli sebotol, guna 3-4 kali terus buang jek lah. Memang tak boleh guna. Kulit surie reject ok. Sob sob sob.

Alhamdulillah, dah hampir setahun surie amalkan makanan sunnah- ezcema surie di badan dah hilang. Cuma ezcema ni degil nak tinggalkan muka dan tangan surie jek. Tersalah makan atau lagi-lagi tersalah produk memang terus flare up. Tensen betul. Sabar jek la.
Astaghfirullahala'azim.

Alhamdulillah. Sejak surie group 'Ezcema Malaysia' di facebook. Banyak sangat info & ilmu yg surie dapat. Syukur pada mereka-mereka yg tubuhkan group ni untuk berkongsi cara untuk dari luaran dan dalam. Rupa-rupanya ramai sangat yg terkena ezcema ni. Dari golongan bayi sampai golongan dewasa.  Kecian sangat termasuklah diri sendiri. Sob sob sob.

------------
Tips asas untuk sihat bagi pesakit ezcema ni kena dipulihkan dari dalaman dan luaran. Sekarang ni surie nak cerita bab luaran dulu. Jadi, untuk luaran, kita kena gunalah produk Organik. Bukan sapu krim-krim steroid tau. 
Ya. 
Memang surie tahu, bila sapu produk organik kita lambat sembuh tapi semakin sembuh tau. 

Dan korang harus terima kenyataan yg pahit bila korang pilih untuk sapu krim steroid- ianya memang cepat sembuh tetapi bila radangnya kembali semula akan jadi lebih teruk. Lagipun bila ianya meradang kembali, dos steroid perlu yg lebih tinggi, kulit jadi ketagih steroid dan tetap ada kesan sampingan!
Hati-hati.

Straight to MooGoo. Inilah produk yg surie guna untuk muka dan seluruh tubuh. Surie beli starter pack ni dengan harga RM159.00 lepas dapat diskaun. Tupun pergi beli dekat farmasi yg adik surie bekerja. Harga normalnya RM199.00. 
Memang mahal tapi berbaloi sebab bebas bahan kimia. 
Yeay. Sebelum beli Starter Pack ni, surie pernah guna produk MooGoo yang loose macam Deodorant, Irritable Skin Balm & Fresh Goat Milk Soap. So, memang dah lepas ujian testing. Baru surie beli set starter pack nih. 


Jom kita review produk yg terdapat dalam Starter Pack ni :








Dalam Starter Pack ni ada 4 produk MooGoo iaitu :

1. Milk Wash 500ml. 
Boleh digunakan di seluruh tubuh & juga muka. Kiranya guna sebagai pencuci muka & mandian gitu.

2. Irritable Skin Balm (ISB)
Sepas mandi, lap kering dan sapu ISB nih. ISB sangat bagus untuk kulit yg merah, kering & gatal. 

3. Soothing MSM
Lepas sapu ISB dan biarkan meresap sebentar, kemudian sapu MSM nih. MSM ni untuk melembapkan kulit dan mempercepatkan penyembuhan.

4. Skin Milk Udder Cream 
Selepas dah sapu MSM dan biarkan meresap sebentar, kemudian sapu Udder Cream ni untuk extra kelembapan kulit dan skin repair. Bagi kulit nampak lembap dan elastik. 

Jangan risau ok. Produk ni tak membuatkan kulit berminyak pun. Surie memang suka sangat pakai. Alhamdulillah. Sangat membantu. Doakan surie cepat-cepat pulih ya. Dari tempoh surie guna, memang kulit nampak semakin baik walaupun lambat sikit. Takpa, perkara baik selalunya datang lambat kan..hehe. Kalau difikirkan harga, memang nak pengsan- tapi bila guna memang berbulan-bulan sebab tak perlu sapu banyak-banyak & tebal-tebal. Gitu. Huhuhu.

Sesiapa yg bermasalah dengan ezcema, memang surie galakkan korang cuba produk MooGoo nih. 
Tenyata ianya memang Organik, No SLS, No Parabens, No Mineral Oil, No Harsh Chemical, No Steroid, PH balanced, 100% natural & Natural fragrance

 Korang nak cuba dapatkan jugak produk MooGoo ni?
Boleh pergi di mana-mana kedai farmasi atau boleh online order di MooGoo Malaysia.

-----------------


TIPS SURIE DIHARAPKAN DAPAT MEMBANTU :

1. Ketahui tips asas untuk sihat bagi pesakit ezcema :
a) Luaran : 
- Gunalah produk Organik yang disahkan organik. Contoh produk MooGoo & Buds. 
Pernah surie dapat promoter yg promote produk dikatakan organik tapi bila surie baca bahan kandungan/ingredient tu tak organik pun. Langsung takda pengesahan organik dari mana-mana pertubuhan organik.
- Ada produk yg non-steroid tapi ada chemical. Contoh SebaMed, Cetaphil, Ezzerra, etc. Surie dah pernah cuba semua tapi elok sementara waktu pastu jadi balik.
- Kena pandai baca ingredient, sebab kebanyakan produk mandian bayi ada chemical tau. Ishk ishk. Dulu masa kulit tengah kritikal, surie fikir adakah kulit surie ni sensitif macam kulit bayi pastu gunalah produk mandian bayi. Cesss. Tak selamat jugak. 

b) Dalaman : Kenali jenis elergik & jaga pemakanan yg di ambil.
Biasanya bila bermasalah kulit, perkara paling penting adalah membetulkan flora gut & leaking gut ni. bila kita amalkan a healthy gut, inshaAllah, tubuh kita akan bertambah baik. Sebab masalah flora gut & leaking gut kita telah selesai. (*nanti surie tulis detail bab pemakanan ya).

2. Sebelum beli apa-apa produk organik sekalipun tetap kena buat patch test untuk kenal pasti elergik dengan apa-apa bahan terkandung dalam produk. 

3. Teliti juga expired date, ingredient, certified organik & etc produk-produk tersebut ya.


'Kesihatan yang baik itu mahkota bagi orang-orang yg sihat & 
nikmatilah masa sihat sebelum datangnya masa sakit.'

Jumpa lagi di entry akan datang. Mmuuah.

No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign