Friday 18 November 2016

Cerita Detail Tentang GLUTEN

Assalamualaikum...


Lama surie menyepi..
Dari mula mengandung sampai dah habis berpantang. Dah mula kerja pun.
Berhabuk dah blog. Sob sob sob.

Sedih lagi bila tinggalkan anak-anak dalam jagaan pengasuh. Semoga pengasuh menjaga Ammar dan Aniq dengan penuh kasih sayang. Bila dah ada anak-anak, Surie berazam nak jadi ibu yg anak-anak bangga miliki. Biar Surie jadi ibu terhebat di mata anak-anak. Dan semoga Ammar dan Aniq jadi anak-anak penyejuk mata hati Surie juga. Allahumma aameen.

Okeh. Sebab nak jadi ibu hebat, salah satu mestilah nak sediakan makanan-makanan sihat buat diri sendiri dan juga keluarga. Biasanya kita memang makan makanan bertepung gandum. Rata-rata dipasaran memang makanan ini mengandungi Gluten.


APA ITU GLUTEN ???
Campuran protein yang terdapat dalam gandum dan berkaitan bijirin termasuk barli, rye,oat dan semua spesis hibrid seperti itu.

Ramai orang mula menghindari makanan bergluten atas faktor kesihatan. Faktornya disebabkan gluten ini adalah makanan yang sukar dihadam dan ada kaitan dengan sistem imun tubuh badan. Ada juga orang mengalami masalah interolansi gluten dan alergi gluten. Ianya menyebabkan gangguan percernaan, gangguan pernafasan, autoimun- menyerang sistem kekebalan sendiri, dan lain-lain.

Dekat bawah ni, info graphik untuk lebih faham. 
Kredit untuk fb : NorDini Hasnor (team mate Oven Nini).






*******


Tapi jangan sedih dan merungut. hehee.
"Adoi, susahnya nak makan" "Ala, takkan nak makan nasi jek" Glut

Kita masih punya pilihan makanan jika masih makanan bertepung. Kita boleh makan makanan berasaskan tepung guna kaedah bawah ni  : 
- Tepung Bebas Gluten- Gluten Free Flour (GFF)
- Sourdough. (SD)

Senyum sikit.
Next post, nanti surie share detail info untuk GFF dan SD nih.

stay tuned.
("___")








No comments:

Post a Comment

Adinda Surie Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign